Makluman kepada semua bahawa setelah mengadakan mesyuarat dan perbincangan Hari Keluarga Hj Harun akan ditetapkan seperti dibawah.
Tarikh :
22 & 23 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad)
Tempat :
Sg Congkak
Masa :
10.00 Pagi bergerak dari rumah nenek kg sg choh
** bagi yang dekat dengan penginapan Sg Congkak boleh terus
ke sana dan dijangka berjumpa di Sg Congkak pad 12.00pm.
Pengangkutan :
Kereta sendiri dan duit minyak toll sendiri...
Tentatif Program :12.00pm berkumpul di Sg Congkak dan check in...he2..
Selanjutnya program sedang dirangka.
Kenapa buat hari 22 & 23 Mei ?Pasti menjadi persoalan masing-masing....perkara tersebut pada asalnya pada 28 Mei kemudian dipinda ke 1 Mei 2010. Malangnya kedua-dua tarikh tersebut terdapat majlis kenduri kahwin dan Cik Pau mempunyai program lain...huhu..tu la sebabnya..
Walau bagaimanapun...diharapkan semua dapat beri komitmen pada 22 dan 23 Mei 2010 ni untuk datang ler...kita pun masing-masing dah lama tak jumpa...lagipun aktiviti ni dah bertahun2 dah tak dijalankan....takut nanti ader dikalangan kita yang tak kenal saudara pulak kan...dan takkan nak tunggu Hari Raya jer baru nak jumpa...tu pun kalau jumpa?
Mana duit nak cari ?Ni masalah besar nih...takkan nak minta sponsor dan sapelah nak sponsor keluarga kita nih...huhu. oleh yang demikian sila lah support usaha murni ni..ni untuk kebaikan bersama ...SILA LAH JELASKAN YURAN TAHUNAN...kalau boleh bayar lah banyak sikit...nanti dapat pahala...kalau boleh sebelum akhir bulan Mac 2010 ni ler...
Ok...
sudi-sudi la layari blog yang tak seberapa ni...tapi akan di upgrade kemudian...
supaya lebih canggih dan berguna..perancangan akan datang akan kita masukkan carta aliran keluarga Hj Harun dan tentatif program aktiviti seterusnya.
ok...sekian wassalam
Cau..Cin..Cau..
Ady